Dalam memancu masa depan Malaysia kearah negara lebih maju, negara terus gah dengan rancangan pembangunan yang rancak, rangkaian pengangkutan awam dan jalan raya, bukan sesuatu omongan kosong tetapi janji di tepati apabila usaha-usaha yang dirangka kerajaan sejak banyak tahun terus menampakkan hasil dan dinikmati oleh setiap rakyat.
Yang paling jelas rangkaian pengangkutan rel dan lebuhraya projek Mass Repid Transit (MRT) mula memberikan impak yang diharapkan didalam menghubungkan rakyat khususnya yang duduk di sekitar Lembah Kelang.
Apalagi didalam merancakkan ekonomi menerusi pengoperasian fasa pertama MRT dari Sungai Buluh ke Semantan sebelum di teruskan ke Kajang Julai tahun hadapan.
Sebagai memastikan keseimbangan diantara pembangunan bandar dengan luar bandar terutama di Sabah dan Serawak kerajaan turut memberi komitmen padu terhadap projek lebuhraya Pan Borneo.
Jelas keupayaan kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional untuk menterjemahkan projek-projek mega disebalik cabaran ekonomi semasa menjadi bukti kerajaan bersunguh-sungguh melaksanakan tangung jawab membangunkan negara.
Yang paling penting ialah menunaikan janjinya kepada rakyat, inilah yang seharusnya dijadikan sebagai kayu pengukur oleh rakyat bagi menilai kestabilan kerajaan yang memerintah.
Adalah tidak wajar mengenepikan buah fikiran kepimpinan semasa takala idea yang digerakkan seiring harus pemodenan masa kini, dalam memperkatakan lebuhraya Pan Borneo rancangan jangka panjang itu dikemukankan semasa pembentangan bajet 2015 dengan angaran kos perbelanjaan 27 bilion ringgit.
Sejak itu usaha digerakkan secara berperingkat demi merialisasikan pembangunan jajaran jalanraya yang lebih luas, selesa dan tanpa tol menghubungkan penduduk di Serawak hingga Sabah.
Sesungunya projek mega seperti lebuhraya Pan Borneo yang dijadual siap sepenuhnya pada tahun 2025 bukan sesuatu yang retorik, apalagi dalam iklim ekonomi yang mencabar.
Pelaburan fizikal yang membabitkan peruntukan besar sedemikian membuktikan kemampuan kewangan kerajaan Persekutuan selain kerjasama baik bersama kerajaan negeri Sabah dan Serawak.
Disebalik ketersediaan dana rakyat perlu tahu kemungkinan-kemungkinan kerajaan mampu menjimatkan kos pembangunannya tetap ada tanpa sedikitpun menjejaskan kualiti projek.
Projek MRT fasa 1 Sungai Buluh – Kajang boleh dijadikan contoh terdekat betapa ia melibatkan kos pembinaan lebih rendah dan siap mengikut jadual, projek pengangkutan awam itu bernilai hampir 21 bilion ringgit berbanding peruntukan yang disediakan 23 bilion ringgit.
Sekaligus memberi penjimatan sebanyak 2 bilion ringgit yang boleh disalorkan buat keperluan lain untuk negara dan rakyat.
Faktor hubungan baik di peringkat negeri bersama kerajaan pusat meningkatkan lagi prospek lebuhraya Pan Borneo, ini boleh dilihat sebagai kelebihan kepada kerajaan Persekutuan dalam rundingan bersama Brunai dalam usaha mengurangkan kerenah birokrasi di sempadan melibatkan perjalanan darat Serawak ke Sabah.
Sesungguhnya kebijaksanaan pemimpin merancang agenda pembangunan negara adalah kayu pengukur paling tepat untuk menilai sesebuah kerajaan.
- Via http://postmetro.net/lebuhraya-pan-borneo-dan-mrt-kayu-pengukur-sebenar-kerajaan/ - On December 21, 2016 at 01:23AMLAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -
- Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
- Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
- Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas,
0 Response to "Lebuhraya Pan Borneo Dan MRT Kayu Pengukur Sebenar Kerajaan XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"
Post a Comment