Lemau selemaunya, itulah yang boleh diperkatakan kepada MOU pakatan harapan untuk menghadapi pilihan raya ke 14 nanti yang telah di meterai semalam, jika diteliti satu persatu nampak sangat MOU mereka hanya gula-gula hidangan untuk mengkaburi dan mengelirukan rakyat.
Konon mahu mempertahankan Islam sebagai Agama Persekutuan, tetapi belum pun lagi berkuasa sudah pun pelbagai hak beragama di permainkan, jika waktu subuhpun tidak boleh dikumandangkan azan dan bacaan Alquran mengunakan pembesar suara pun dikatakan menggangu, bolehkah kita percaya cakap-cakap mereka ini, beranikah Muhyiddin dan Muhkriz menegur mereka ini sedangkan ketika dalam UMNO dan berkuasa pun beliau tidak pernah berbunyi dalam isu ini.
Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan, tetapi selama ini adakah mereka menghormati institusi beraja yang kita junjung tinggi itu, ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri apa yang beliau lakukan terhadap raja-raja, jadi bolehkah kita percaya bahawa mereka akan mempertahankan institusi beraja ini sedangkan rakyat pun tahu apakah cita-cita sebenar DAP dengan Malaysia-Malaysiannya.
Meneliti kepada MOU yang mahu mempertahankan Bahasa Melayu termasuk memperluaskan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda seperti mahu memukau ingatan rakyat akan bagaimana ketika menang pilihan raya ke 12 pembangkang yang di ketuai oleh parti DAP telah menukar nama-nama jalan yang mengunakan huruf jawi dan bahasa Melayu kepada tulisan Cina, malah iklan berbahasa Melayu sudah bukan menjadi perkara wajib di negeri Selangor.
Jadi boleh kah kita percaya bahawa mereka ini mahu memertabatkan bahasa Melayu yang termaktub didalam perlembagaan Persekutuan, malah jika kita teliti pun majoriti pemimpin yang berada didalam parti DAP tidak boleh berbahasa Melayu bukan kata dengan baik, untuk memahami petah perkataan pun kadang kala memeningkan kepala kepada yang mendengar.
Mereka nak letak satu lawan satu dalam PRU 14 nanti itu strategi politik untuk kalah dan menang, soal berbohong kepada rakyat itu yang perlu di jelaskan jangan nanti bercakap bulan bintang kat bontot taik pun tak cuci.
Bergabung dengan semua parti politik pembangkang itu pun boleh dikatakan semacam mimpi basah disiang hari, sebab masing-masing pun tahu tembolok mana yang perlu di hadap, PAS sudah pasti tidak akan beri muka kepada PAN, DAP sudah pasti tidak beri laluan kepada PAS, nak harapkan PKR? Selangor pun tunggang langgang.
Walaupun Mahathir dan Muhyiddin ada lah ‘planner’ bagi gerakkan menjatuhkan Najib dan kerajaan Barisan Nasional, tetapi jangan lupa bahawa mereka dahulunya juga di musuhi oleh puak-puak pembangkang ini, jadi dimana boleh timbullnya keyakinan untuk mereka bersatu dalam satu kumpulan atau gabungan melainkan peluang untuk ‘kau guna aku dan aku guna kau’.
Baik, yang akhir kita tengok siapa yang banyak bercakap,siapa yang akan membidas dan siapa yang boleh bersabar dengan kerenah dan gelagat parti resis ini, kita tunggu dan lihat.
- Via http://postmetro.net/mou-lemau-antara-pakatan-harapan/ - On December 14, 2016 at 04:02PMLAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -
- Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
- Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
- Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas,
0 Response to "MOU Lemau Antara Pakatan Harapan XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"
Post a Comment