Kota Kinabalu – Seorang bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan isterinya serta penasihat teknikal dan kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 37 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang tunai dan simpanan bank berjumlah RM61.48 juta, selain memiliki secara salah barangan mewah.
Bekas pengarah itu, Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 54, mengaku tidak bersalah terhadap lapan tuduhan memiliki RM56.9 juta dalam bentuk wang tunai dan dalam empat akaun bank, dua tuduhan memiliki secara salah enam kenderaan mewah dan satu tuduhan memiliki secara salah 86 jam tangan berjenama mewah.
Dia juga mengaku tidak bersalah bersama-sama isterinya, Fauziah Piut, 51, terhadap dua tuduhan memiliki secara salah barang kemas, manakala Fauziah dikenakan 19 tuduhan memiliki secara salah barang kemas dan beg mewah serta wang RM2.2 juta dalam pelbagai akaun bank.
Seorang lagi tertuduh, penasihat teknikal dan kejuruteraan Kementerian Kewangan Sabah Lim Lam Beng, 62, yang digantung tugasnya, menghadapi satu tuduhan memiliki secara salah sebuah kenderaan dan tiga tuduhan memiliki secara salah wang tunai RM2.38 juta.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Hakim Ummu Kalthum Abdul Samad membenarkan Ag Mohd Tahir, Fauziah dan Lim masing-masing diikat jamin RM10 juta, RM2 juta dan RM1 juta dengan dua penjamin tempatan.
Mereka juga diperintah menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah.
Terdahulu, peguam Hairul Vaiyron Othman, yang mewakili Ag Mohd Tahir dan Fauziah, dan peguam Chin Teck Ming, yang mewakili Lim, membantah jumlah ikat jamin seperti diminta pihak pendakwa itu dengan alasan anak guam mereka belum dibuktikan bersalah.
Hairul juga memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya mempunyai tiga anak, termasuk seorang yang sedang belajar di luar negara dan bergantung dengan ibu bapa mereka dari segi kewangan.
Ummu Kalthum menetapkan 28 Feb sebagai tarikh pengurusan kes.
Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya daripada SPRM terdiri daripada Husmaruddin Hussin, Farez Rahman, Anas Mahathir, Rozanna Abd Hadi dan Rustam Sanip.
Ag Mohd Tahir dan Fauziah diwakili panel tiga peguam dianggotai PJ Perira, Hairul Vaiyron dan Ariel C Dasan.
Ag Mohd Tahir ditangkap SPRM dalam Ops Water pada 4 Okt dan dibebaskan dengan ikat jamin RM500,000 setelah direman dua minggu, manakala Lim ditangkap pada 13 Okt.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, SPRM mengesahkan Ag Mohd Tahir dan Fauziah gagal membayar wang jaminan sehingga petang ini dan akan dihantar ke Penjara Kota Kinabalu.
Perkara itu juga disahkan oleh peguam mereka Hairul ketika dihubungi.
SPRM turut memaklumkan Lim telah dibebaskan selepas membayar wang jaminan RM1 juta melalui deraf bank dan perkara itu turut disahkan oleh peguamnya Chin.
- Via http://postmetro.net/bekas-pengarah-jans-isteri-dan-seorang-lagi-dituduh-ubah-wang-haram-rm61-48-juta/ - On December 29, 2016 at 12:10AMLAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -
- Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
- Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
- Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas,
0 Response to "Bekas Pengarah JANS, Isteri Dan Seorang Lagi Dituduh Ubah Wang Haram RM61.48 Juta XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"
Post a Comment