Semporna – Pembantu Menteri Kewangan Negeri Datuk Ramlee Marhaban menyifatkan pemimpin UMNO yang pernah diberi kepercayaan memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kemudiannya berpaling tadah kepada blok pembangkang ialah pemimpin yang gagal.
Beliau berkata tindakan bekas pemimpin UMNO itu yang menjanjikan pembangunan Sabah terutama kawasan Semporna bertujuan untuk mengaburi mata rakyat.
Katanya keupayaan pemimpin itu yang juga anak jati Semporna adalah dipersoalkan berikutan beberapa projek dilaksanakannya tidak mencapai sasaran, yang jelas merujuk kepada bekas Naib Presiden UMNO dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
“Contoh kecil isu Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)… projek rumah itu dibangunkannya bukan di tempat sasaran dan ada PPRT dibangunkan di pulau tapi siapa yang tinggal di Pulau Ligitan?,” katanya ketika berucap pada Majlis Pimpinan Teras Perjuangan Pemimpin Bersama Rakyat di sini, hari ini.
Selain isu PPRT, Ramlee turut menyentuh projek pembangunan bekalan air iaitu Loji Air Sungai Intan bernilai lebih RM48 juta di Semporna yang didakwanya juga tidak mencapai sasaran.
“Betul ada projek bekalan air dinaik taraf di Sungai Intan, tetapi akhirnya apa yang berlaku, loji itu cuma menyedut angin, beli barangan (pam air) terpakai dari China… dan kesemua kos projek naik taraf itu mungkin menelan RM10 juta,” katanya.
Ramlee mendakwa projek pembangunan sumber tenaga elektrik berasaskan solar di empat pulau di sekitar Semporna juga tidak mencapai sasaran.
“RM95 juta diperuntukkan projek itu untuk empat pulau termasuk pulau Bait serta Menampilik tetapi apa yang berlaku, projek yang digerakkan tanpa kajian mendalam hasilnya tidak berfungsi,” katanya.
Ketika ditemui pemberita, Ramlee berkata projek-projek mega di daerah Semporna yang tidak menjurus kepada sasaran serta tidak memberi manfaat atau berfungsi, akan disusun atur semula oleh kerajaan negeri.
“Kita akan pastikan, projek ini diperbetulkan dan kita akan memohon pada kerajaan pusat dan negeri untuk melihat pembangunan yang tertunggak khususnya projek infrastruktur termasuk projek bekalan air serta jalan raya,” katanya.
Sementara itu, Ramlee yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya berkata meskipun UMNO Semporna pernah melalui detik dilanda tsunami politik ekoran beberapa pemimpinnya keluar parti namun perkara itu berjaya dibendung dengan cara turun padang memberi penjelasan.
“Walaupun terkesan sedikit-sedikit namun kini UMNO Semporna kembali pulih dan jitu,” katanya.
Menurutnya, masyarakat perlu tahu UMNO tidak pernah memecat mana-mana pemimpin Semporna tetapi mereka membuat pilihan untuk keluar parti dan berpaling tadah.
“Sesiapa pun kalau melanggar batas perlembagaan (parti) akan diambil tindakan, tapi dia (Shafie) memang sudah berhasrat keluar parti, sebab banyak pejuang hebat dalam UMNO yang bukan sahaja digantung malah dipecat tapi tetap setia kekal berjuang dalam parti (UMNO),” katanya.
- Via http://postmetro.net/pemimpin-umno-berpaling-tadah-ialah-pemimpin-yang-gagal/ - On December 29, 2016 at 12:19AMLAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -
- Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
- Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
- Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas,
0 Response to "Pemimpin UMNO Berpaling Tadah Ialah Pemimpin Yang Gagal XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"
Post a Comment