Tiada apa pun yang mengerikan bagi Barisan Nasional dengan termeterainya MOU antara Pakatan Harapan dengan Parti Bunga-bungaan (Pribumi) kerana pasti tiada apa yang boleh mereka sepakatkan dalam perjanjian tersebut, yang pasti mereka tidak berani menyatakan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika berkuasa nanti.
Perjanjian diantara parti-parti pembangkang sebenarnya tidak lebih kepada perjanjian syok sama sendiri dan mungkin ada perkara yang jelas didalam perjanjian tersebut kerana yang membuat akur janji tersebut adalah Mahathir dan Lim Kit Siang sahaja tidak termasuk mereka mereka yang lain, jadi ianya bolehlah dikatakan sebagai perjanji diantara Mahathir dan Lim Kit Siang sahaja.
Diantara Lim Kit Siang dan Mahathir sudah pasti ada sesuatu perkara yang mereka rundingkan terutama didalam pemilihan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri sama ada Lim Guan Eng atau Muhkriz yang sudah pasti nama Anwar dan Muhyiddin tiada didalam perbincangan tersebut.
Jika dahulu pakatan pembangkang sering menjaja nama Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pilihan mereka jika berkuasa, tetapi dengan tiadanya nama Anwar maka sudah pasti perjanjian ini hanyalah gula-gula buat pengkabur mata ahli-ahli mereka yang kini telah menjadi buta mata dan hati kerana terlalu taksub kepada pemimpin maksum mereka Mahathir Muhamad yang mereka agung-agungkan.
MOU yang boleh dikatakan syok sendiri ini berpandukan kepada ketidak tentuan ahli parti terutama didalam parti DAP sendiri yang tidak begitu yakin dengan Lim yang telah melupakan segala kekejaman Mahathir yang menjadi pejuangan mereka selama ini dan meragui kejujuran Mahathir didalam membuat akur janji kerana mereka kenali siapa Mahathir.
Walaupun kini Mahathir turut berkempen untuk membebaskan Anwar, dengan keputusan terbaharu mahkamah Persekutuan yang mengekalkan Anwar ke penjara maka harapan mereka kepada Anwar sudah berkubur dan sudah pasti ada nama baharu yang akan disebut sebagai penganti tetapi tidak dinyatakan didalam MOU tersebut, ini menimbulkan keraguan sama ada Mahathir mempunyai perancangan untuk menamakan Mukriz sebagai Perdana Menteri.
Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh pembangkang adalah sekadar meniru dan cuba membohongi penyokong mereka kononnya mereka sudah sedia bersepakat untuk menjahanamkan Barisan Nasional, tetapi dalam masa yang sama mereka tidak sepakat dalam menentukan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri, kerana masing-masing mempunyai cita-cita memuaskan nafsu yang disembunyikan.
Rakyat boleh melihat dengan jelas apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh parti pembangkang pada hari ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah perjuangan untuk jawatan Perdana Menteri tetapi masing-masing menyimpan sebagai angan-angan agar tidak di ketahui oleh rakan parti yang lain.
- Via http://postmetro.net/mou-pakatan-harapan-dan-parti-pribumi-apa-yang-mengerikan/ - On December 14, 2016 at 01:42AMLAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -
- Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
- Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
- Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas,
0 Response to "MOU Pakatan Harapan Dan Parti Pribumi Apa Yang Mengerikan? XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"
Post a Comment