Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menempelak pembangkang supaya jangan bersikap seperti katak di bawah tempurung dengan memperkatakan tidak nampak pembangunan diusahakan kerajaan sekarang.
Katanya, sudah 7 tahun tampuk kepimpinan negara bertukar tangan, namun ada pihak khususnya pembangkang sering memperkatakan mengenai perkara itu dan membandingkan beliau dengan kepimpinan lama.
“Hujah yang dilontarkan mereka tidak lebih daripada kata-kata kosong dan saya merasakan bahawa mereka ini sengaja buat-buat tidak nampak.
“Pentadbiran saya telah menjalankan pelbagai pembangunan yang mencipta beratus ribu peluang pekerjaan,” katanya mengenai projek pemangkin ekonomi di laman rasmi beliau najibrazak.com.
Tegasnya, antara projek pemangkin ekonomi berlandaskan pembangunan secara besar-besaran seperti MRT, Lebuhraya Pantai Timur 3, Pan Borneo Highway, LRT 2 dan 3, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
“Projek-projek seperti ini penting bagi menjana ekonomi di kawasan sekitar dan merapatkan jurang antara kawasan pedalaman dan Bandar,” ujar beliau.
Selain itu, kerajaan katanya juga membangunkan projek pemangkin ekonomi yang menjadi mercu tanda negara seperti pembangunan Wilayah Iskandar, Rapid Pengerang, Danga Waterfront, Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia, KL118 bangunan yang tertinggi di negara.
“Yang aneh, ada yang kata bangunan-bangunan seperti Tun Razak Exchange dan KL118, tidak ada satu tiang pun dibina.
“Saya saran pergilah lihat sendiri tapak pembinaan tersebut sebelum melontarkan tuduhan yang memalukan diri,” kata Najib lagi.
Di peringkat antarabangsa pula, Malaysia berperanan membangunkan projek seperti pembangunan Battersea, sebuah lagi mercu tanda ikonik di kota London.
“Lihatlah sendiri di internet projek yang mengharumkan nama negara ini.
“Banyaklah pembangunan infrastruktur yang telah dijalankan dalam masa yang hanya 7 tahun pertama pentadbiran saya, dan memangkinkan ekonomi negara secara berterusan.
Kepada pembangkang, janganlah bersikap seperti katak di bawah tempurung,” tegas Perdana Menteri.
- Via http://postmetro.net/pembangkang-jangan-bersikap-katak-bawah-tempurung/ - On December 30, 2016 at 04:52PMLAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -
- Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
- Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
- Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas,
0 Response to "Pembangkang Jangan Bersikap Katak Bawah Tempurung XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"
Post a Comment