Kuala Lumpur – Kira-kira 3.89 juta pengguna di sekitar Lembah Klang mula menghadapi gangguan bekalan air susulan kerja penyelenggaraan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Badong, Kuala Selangor.
Gangguan itu melibatkan 707,759 akaun di 814 kawasan di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebelum ini memaklumkan kerja penyelenggaraan TNB dan henti tugas berkenaan akan dilaksanakan selama 16 jam mulai 8 pagi.
Ia sekali gus menjejaskan operasi di loji-loji rawatan air utama Sungai Selangor yang membekalkan air kepada 60 peratus pengguna di Lembah Klang.
Gangguan air dijangka berlaku sehingga ambang sambutan Krismas, 24 Dis ini.
Di sebalik kegusaran pengguna dan ketika sambutan Krismas bakal menjelma, TNB semalam menjelaskan kerja penyelenggaraan itu tidak boleh ditangguhkan lebih lama lagi.
Menurut syarikat pembekal tenaga itu, situasi peralatan di PMU berkenaan semakin meruncing dan sebarang penangguhan akan memberi kesan kepada bekalan elektrik dalam tempoh yang lama.
Ia turut berkata pemilihan tarikh henti tugas itu dibuat secara keputusan kolektif dalam mesyuarat yang diadakan bersama SPAN pada 31 Okt lepas yang turut dihadiri wakil sektor air antaranya Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) selain TNB.
Ia pada asalnya dijadualkan pada 27 Sept, kata TNB.
TNB turut menjelaskan henti tugas PMU Bukit Badong itu bagi membolehkan kerja senggaraan dan pemasangan sistem perlindungan arka dapat dibuat dengan selamat, dan demi memastikan kelangsungan bekalan air.
- Via http://postmetro.net/hampir-3-9-juta-pengguna-mula-hadapi-gangguan-bekalan-air/ - On December 18, 2016 at 03:33PMLAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -
- Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
- Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
- Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas,
0 Response to "Hampir 3.9 Juta Pengguna Mula Hadapi Gangguan Bekalan Air XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"
Post a Comment