Berlanjutan dari tulisan berhubung dengan sikap pemandu teksi yang tidak mahu berubah dan menerima perubahan dalam bersaing untuk mendapatkan penumpang mendapat sambutan ang tidak diduga dari netizen dan juga penguna aplikasi ‘whatsaapp’ yang rata-ratanya memberikan komen membenarkan kenyataan tulisan tersebut.
Selain diperbualkan di facebook, artikel ini juga mendapat sambutan dan dibualkan didalam group whatsapp ‘Bicara Rakyat’ yang mana anggotanya adalah terdiri dari orang awam yang rata-rata ada diantara mereka yang terlibat dengan pengunaan perkhidmatan awam seperti teksi ini.
Ruang ‘Bicara Rakyat’ adalah kolum untuk membincang pelbagai isu tidak kira dalam bidang apa sekali pun walaupun ianya kelihatan lebih memfokus kepada isu-isu politik tanah air, tetapi isu-isu yang meibatkan kepentingan umum juga tidak lepas dari dibincangkan.
Jika dilihat anggota peserta didalam group ‘Bicara Rakyat’ ini ianya bukan sahaja disertai oleh rakyat kebanyakkan tetapi melibatkan beberapa orang Menteri dan juga pegawai dari beberapa kementerian malah mereka turut berperanan aktif didalam menyampai dan berkongsi maklumat.
Menyorot kembali perbincangan yang diutarakan dalam isu kesombongan pemandu teksi serta peranan perkhidmatan Uber yang lebih diterima oleh penguna sebenarnya bukanlah suatu isu baru, tetapi ianya telah di bincangkan lama terdahulu sejak mula kerajaan melancarkan tranformasi pengangkutan awam pada 2009.
Setelah sekian lama dan kemajuan pengangkutan awam telah ketara menuju ke era pembangunan, tetapi sikap dan gelagat pemandu teksi masih berada di takuk lama dan tidak berubah dan inisiatif kerajaan yang mengutamakan penambahbaikan pengangkutan awam darat di bawah agenda transformasi negara, telah menunjukkan peningkatan cuma pemandu teksi sahaja yang belum berubah.
Seorang moderetor didalam group bicara rakyat berkata “Kebanyakkan sikap pemandu teksi ni yang banyak kerenah, dan kebanyakkan dari mereka ini biasanya bekas pesara-pesara kerajaan yang ada pencen dan bukan menyara pendapatan dari teksi semata-mata tapi bagi mereka yang memang mencari makan dengan teksi biasanya mereka lebih komited dan tidak banyak kerenah”, komen Sharul Nizam dari Sg. Besar, Selangor.
Beliau seterusnya berkata bahawa ada pemandu teksi yang mula terasa tercabar bila ujudnya pemandu Uber dan mereka mula terasa terancam, termasuk terasa pengurangan pendapatan, malah mereka sudah tidak boleh lagi membuat tawaran dengan mengenakan caj tambang yang tidak masuk akal, selain tidak lagi boleh membuang masa berehat di bawah pokok atau di hentian teksi dan bermain dam haji.
Malah ada dikalangan forumer Bicara Rakyat berkata, ada dikalangan pemandu cukup malas untuk menjaga kebersihan teksi mereka sahingga menimbulkan bau yang kurang enak ketika penumpang berada didalam kenderaan teksi tersebut.
Ini lah diantara suara rungutan yang diluahkan oleh rakyat kebanyakkan yang mengunakan kenderaan awam sebagai pengangkutan mereka seharian, kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah merangka pelbagai program bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam darat terutamanya teksi.
Termasuk perancangan komprehensif dan melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk pembaharuan dasar, projek-projek infrastruktur baru, inisiatif-inisiatif penambahbaikkan serta tindakan pengawalseliaan yang bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, tetapi sikap segelintir pemandu teksi itu sendiri yang tidak mahu akan perubahan yang telah mencemar dan melambatkan pergerakkan kearah kemajuan yang dirancang.
Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat Kebangsaan telah pun menunjukkan kemajuan dalam tempoh lima tahun di mana pegangan mod pengangkutan awam telah meningkat daripada 10 peratus pada 2009 kepada 22 peratus pada 2015, dengan terujudnya pelbagai model pengangkutan awam termasuk yang terbaharu Transit Aliran Massa (MRT), jika pemandu teksi tidak mahu menerima perubahan maka akan tercicirlah mereka didalam arus pembangunan pengangkutan awam darat.
Pemandu teksi seharusnya membukan minda untuk bersaing didalam era baru teknologi pengangkutan awam bukan lagi duduk dibawah pokok menanti dan berharap penumpang datang mencari mereka.
- Via http://postmetro.net/spad-pemandu-teksi-harus-membuka-minda-menerima-perubahan/ - On January 09, 2017 at 06:08PMLAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -
- Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
- Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
- Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas,
0 Response to "SPAD – Pemandu Teksi Harus Membuka Minda Menerima Perubahan XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"
Post a Comment