Rasanya telah pelbagai maklumat dan makluman telah pun diberikan sebagai jawapan kepada tindakan Mahathir yang tidak henti-henti menyalahkan apa sahaja tindak tanduk kepimpinan negara termasuk Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Malah lebih dari itu Mahathir bertindak lebih jauh lagi dengan menjatuhkan hukuman termasuk menjalankan tugas malaikat serta mengambil alih tugas Allah bagi menentukan apa-apa perkara yang halal dan apa-apa yang haram.
Walaupun sahingga kini Mahathir belum dan tidak pernah membuat sebarang laporan polis berhubung dengan dakwaannya selain membuat tuduhan dan menjatuhkan hukum sesuka hati mengikut kesesuaian bagi dirinya.
Didalam antri terbaru di blognya, beliau ada bertanya bolehkan duit yang haram itu membiayai ibadah tertentu?, jawapannya sudah pasti boleh cuma ibadah tidak diterima sahaja, begitu juga dengan memakan benda haram jika jelas haramnya maka perbuatan itu tetap salah.
Tiada siapa pun yang menghalalkan perkara yang jelas haram, tetapi apa yang dilakukan oleh Mahathir hari ini ialah mengharamkan perkara yang dia sendiri pun tidak menghuraikan dengan jelas punca halal haramnya selain menuduh mencuri dan menyamun yang keluar dari mulutnya.
Jika menuduh duit hasil sumbangan 1MDB itu haram, dari mana datang haramnya itu, perkara ini Mahathir tidak pernah huraikan tetapi sekadar berkata sumbangan 1MDB itu haram sahaja, tidakkah ini Mahathir sudah menjadi dewataraya bagi penentu halal-haram.
Begitu juga dengan tuduhan mencuri yang dibuat, sahingga hari ini belum ada satu pun laporan polis yang dibuat sebagai menguatkan tuduhan mencuri tersebut, sedangkan Mahathir pun tahu sesaorang itu tidak bersalah selagi tiada mahkamah yang memutuskan orang itu bersalah, perkara yang menjemput rakyat untuk mengetahui bahawa Mahathir lupa apa yang dia sendiri kata, tetapi menuduh Melayu yang mudah lupa.
Tidak ada seorang pun yang berani menghalalkan perkara haram dan mengharamkan perkara halal selain melalui musyawara, kecuali Mahathir yang berani meletakkan hukum dan menyatakannya setelah berkawan dengan tuhan-tuhan dan dewa-dewi puak pakatan pembangkang, mungkin Mahathir telah menimba ilmu dari tuhan-tuhan bertangan lapan dan hanuman.
Oleh kerana Mahathir sering melangkaui hukum beragama, maka adalah lebih baiknya jika kita mengiakan sahaja tuduhan tuduhan tersebut kerana bukan jadi kudis pun kepada sesiapa, So what? kalau duit tu haram pun, bukan Mahathir yang tanggung dosa-dosa, bukan Mahathir yang masuk neraka, biar lah mereka-mereka yang melakukannya yang masuk neraka dan Mahathir masuk syurga.
Dengan mengharamkan perkara yang halal dan tidak jelas, Mahathir sudah pasti akan ke syurga, biarlah mereka-mereka yang melakukannya ditimpa bala-bencana, yang nyata sahingga kini yang kelihatan ditimpa bencana ialah Mahathir dan bukannya Najib atau yang menerima bantuan BR1M mahupun penerima bantuan 1MDB.
Mungkin mereka akan menghalalkan beer jika sebelum diminum, dibacakan bismilah dan yang dibeli dengan duit derma dari San Miguel.
Biarlah mereka menerima tawaran mengerjakan Haji dengan duit derma dari 1MDB, Mahathir tidak perlu risau dan takut akan terpalit berdosa, biarlah mufti dan tok-tok imam yang pergi haji tu yang tangung segala dosa, mungkin juga para Mufti dan tok-tok Imam itu tidak setelus Mahathir yang tersangat tinggi kasyafnya.
- Via http://postmetro.net/jika-haram-pun-mengapa-adakah-mahathir-yang-menangung-dosa/ - On January 10, 2017 at 02:11AMLAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -
- Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
- Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
- Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas,
0 Response to "Jika Haram Pun Mengapa? Adakah Mahathir Yang Menangung Dosa. XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"
Post a Comment