Laman

Anda Tertarik Untuk Berkomentar Atau Mempunyai Keluhan Serupa - Kirim Tulisan Anda Lewat Email - jaringansampahxl.perluditelusuri@blogger.com dan pastikan anda mengirimkan tulisan FIX, karena tulisan anda akan dipublish secara otomatis.. - Gunakan Fitur Ini Dengan Bijak - Dan Semoga Keluhan Kita Semua Didengarkan - Oleh Bos Bos XL - Yang Mungkin Tidak Menggunakan Kartu XL Dalam Berkoneksi

Saya Tidak Pernah Menyukai Najib. XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS

Saya menyalahkan beliau kerana keputusan pilihan raya UMNO 1987 yang membawa kepada Mahathir mengetatkan cengkaman beliau ke atas negara. Kemudian pada tahun 2009, beliau adalah calon yang Mahathir sendiri pilih untuk menggantikan Abdullah Ahmad Badawi yang telah mula memperkenalkan beberapa pembaharuan yang amat diperlukan kepada negara selepas 22 tahun salah urus, kronisme, rasuah dan autoritarianisme. Saya menjangkakan perkara lama akan berlaku kembali tetapi saya salah.

Jika ada satu perkara yang saya belajar daripada 25 tahun dalam pasaran kewangan, ia adalah jika anda membuat kesilapan, akuinya, kurangkan kerugian anda dan melihat semula perkara itu sekali lagi dari perspektif yang berbeza dan dengan fikiran yang lebih jelas, berpegang secara dogmatik kepada kesilapan boleh membawa masalah yang besar, ia boleh menghapuskan anda. Dan itu adalah betul-betul apa yang saya lakukan mengenai Najib dan saya mula suka apa yang saya lihat.

Akibat daripada Krisis Kewangan Dunia yang dicetuskan oleh Lehman, hampir setiap negara membuat keputusan untuk mencetak wang baru, disebalik samaran sebagai pelonggaran kuantitatif, untuk merangsang ekonomi mereka dan kebanyakannya tidak banyak memberi kesan kecuali untuk mewujudkan ‘bubble’ dalam aset hartanah dan kewangan walaupun pendapatan sebenar tidak berubah atau sedang jatuh. Malaysia merupakan salah satu negara yang menggunakan gabungan rangsangan monetari tetapi lebih rangsangan fiskal untuk memulihkan semula ekonomi dan keputusan menunjukkan bahawa kita secara konsisten meningkat antara 4% kepada 7% secara tahunan untuk setiap suku tahun sejak itu atau apa yang ahli ekonomi gelarkan sebagai pertumbuhan mampan selaras dengan potensi jangka panjang kita.

Tetapi ada satu halangan dengan rangsangan fiskal, ia adalah populis dan menyebabkan ketagihan. Jika anda tidak berhati-hati, anda akan terjebak dengan cara Greek atau Venezuela. Inilah sebabnya tidak kira betapa buruk pun ekonomi, Singapura tidak akan menyentuh rizabnya kerana bagi sebuah negara yang bersaiz seperti mereka, mereka mempunyai sangat sedikit pengaruh yang tinggal sebaik sahaja mereka melakukan itu. Malah idea untuk Presiden yang dipilih adalah untuk memastikan Presiden itu menghentikan mana-mana PM yang cuba untuk melakukannya. Negara dan pemimpin yang melakukannya biasanya gagal keluar daripada ketagihan itu tetapi tidak Malaysia, tidak Najib. Sebaik sahaja ekonomi stabil, beliau mula menetapkan sasaran dan had ke atas hutang Negara dan defisit Bajet. Kawalan seperti itu memang jarang berlaku dalam pemimpin-pemimpin negara-negara demokrasi yang perlu menghadapi pilihan raya dalam tempoh-tempoh tertentu dan terutamanya untuk seseorang seperti Najib, yang mana kehidupan politiknya seperti telur di hujung tanduk.

Tetapi Najib tidak berhenti di situ. Beliau mula memperkenalkan GTP untuk meningkatkan kecekapan dan penyampaian perkhidmatan awam dan ETP untuk mempelbagaikan ekonomi, menyeimbangkan antara sektor awam dan swasta, menghapuskan kronisme sebelum ini dan menyediakan negara untuk ekonomi berasaskan pengetahuan. Untuk mencapai tujuan ini, beliau juga menghapuskan ISA walaupun beliau berpotensi untuk menghadapi kritikan kerana dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, perlu adanya keseimbangan antara aliran maklumat dan kepentingan politik.

Di peringkat antarabangsa, beliau membina hubungan baik dengan negara jiran kita dan kuasa-kuasa Barat dan Timur dan menarik masuk begitu banyak FDI bukan kerana kita tunduk kepada mereka tetapi kerana keneutralan kita dan daya tarikan kita sebagai tempat untuk melabur dari segi kedua-dua kewajaran peraturan dan pembangunan infrastruktur. Paling penting sekali, mereka tahu bahawa mereka dialu-alukan di sini.

Saya masih ingat lagi bahawa tahun lepas, apabila RM pertama kali melepasi paras yang penting secara psikologi iaitu 3.80 dan kemudiannya 4.00, ramai orang menghantar mesej kepada saya dan bertanya apa yang perlu atau yang boleh kerajaan lakukan dan jawapan saya adalah tiada apa-apa ….. kerajaan telah melakukan segala-galanya yang perlu dilakukan, antaranya adalah pengenalan GST dan penghapusan subsidi. Buat pertama kali dalam sejarah kita, kita telah berjaya menjangka dan bersedia untuk masalah sebelum ia berlaku dan bukannya bertindak balas kepada mereka selepas masalah-masalah itu telah berlaku, yang selalunya sudah pun terlambat.

Saya memberitahu orang-orang ini bahawa tajuk-tajuk utama bukanlah bahan bacaan yang baik, malah ia bersifat menuduh, jadi lebih baik sekiranya mengabaikan sahaja mereka. Kesimpulannya adalah, kehidupan anda hanya akan terjejas sedikit dan saya rasa setakat ini perkara itu adalah benar, pujian kepada Najib dan pasukannya di Kementerian Kewangan.

Kepada semua yang menggelarkan diri mereka sebagai wartawan kewangan, ahli ekonomi, penganalisis, agensi penarafan dan lain-lain, ini mesej saya. Jika harga minyak adalah satu ujian, maka terima kasih kepada Najib kerana Malaysia telah lulus dengan cemerlang. Semua baki dalaman dan luaran kita telah sebahagian besarnya kekal stabil walaupun harga minyak jatuh dan kita telah mengatasi banyak negara pengimport minyak dari segi pertumbuhan. Cuba fiikirkan apa yang kita boleh capai jika harga minyak mula naik kembali.

Berhenti berfikir dan beritahu bahawa kami akan gagal hanya kerana anda berfikir bahawa ujian itu adalah sukar bagi kami dan berhenti memberi kami markah yang rendah hanya kerana anda fikir harga minyak buat masa ini adalah salah satu subjek yang tidak kami gemari apabila kami dengan jelas telah mengatasi beberapa ‘pelajar’ yang kononnya lebih bijak menurut anda.

Saya rasa apa pun yang berlaku seterusnya, ia hanyalah adil jika rakyat Malaysia memberikan Najib masa yang cukup untuk menyempurnakan apa yang beliau ingin lakukan dan kemudian mula menghakiminya selepas itu.

Bagi saya, saya percaya bahawa beliau sudah pun menjadi PM terbaik buat Malaysia dan semuanya akan berjalan lancar untuknya.

Oleh – Daniel Goh

- Via http://postmetro.net/saya-tidak-pernah-menyukai-najib/ - On December 19, 2016 at 07:52PM

LAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -

  • Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
  • Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
  • Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas, 
Bersadarkan pantauan XL memang merubah tarifnya lebih dulu ketimbang jaringannya yang dijanjikan berubah 2 bulan sebelumnya - xl malah merubah tarif 9 Desember tapi jaringan malah semakin letoy, apa bagusnya pindah ke PRIORITAS ?? prioritas cuman membebankan kami, tidak ada gunanya, itu artinya nasibku bergantung padamu, kalau pakai prabayar, ngak suka patahkan SCnya - toh sc cuman 6000 rupiah, ngak ada nilainya, bisa dibuat melanggar undang undang lagi.

jaringan xl sampah, jaringan xl lambat

Nah mana tanggung jawab dari CEO atau dari pihak XL yang tidak memberikan konfirmasi seolah olah tidak ada masalah sama sekali, karena nyata nyata masalah besar sejak 1 Desember 2016 ada dan tidak selesai sampai tulisan ini diposting, silahkan layangkan melalui media cetak permohonan maaf - JARINGAN XL SAMPAH - JARINGAN XL LEMOT - JARINGAN XL MAHAL - PAKET INTERNET XL SAMPAH - XL AXIATA SAMPAH - DIAN SISWARINI MUNDUR - TIDAK TAHU MALU - XL MALING PULSA  - XL MALING

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Saya Tidak Pernah Menyukai Najib. XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"

Post a Comment

KAMI AKAN SELALU MENINGKATKAN KUALITAS KEDEPANNYA, PADAHAL MASALAHNYA SEKARANG !!! - YA KABUR TOH PELANGGANNYA.. CUSTOMER SERVICEMU TAK MAMPU !! LAYANAN BURUK



AKAR MASALAH !!

AKAR MASALAH !!