Kadang kala rasa seperti benar apa yang dirungutkan oleh sesetengah penguna perkhidmatan awam terutama penguna teksi berhubung dengan ‘service’ yang diberikan oleh mereka.
Tetapi apa yang sering kita dimomokkan ialah pemandu teksi ini sering dianak tirikan oleh kerajaan apatah lagi bila mereka mengunakan perkhidmatan jurucakap dari pembangkang untuk menyelasikan masalah mereka.
Tanpa mengambil kira rungutan penguna tetapi yang di kehadapankan ialah masalah kebajikan pemandu teksi, sedangkan jika dilihat dari segi permintaannya pemandu teksilah yang sering menolak tuah dan rezeki mereka sendiri.
Pelbagai bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan dan bukannya pembangkang tetapi apa yang mereka sering lakukan ialah mengadu domba kepada pembangkang kononnya tidak mendapat pembelaan dari kerajaan, jika dilihat banyak program bantuan seperti TEKS1M, Program bantuan tayar (TRIMa), Skim PERKESO kepada Pemandu teksi dan pelbagai lagi inisiatif kerajaan bagi membantu pemandu teksi.
Tetapi apa yang kita dikhabarkan sikap pemandu teksi sendiri seperti mengada-ngada dengan semua bantuan yang diberikan, malah mereka tidak sedikit pun mengubah sikap mereka terhadap pelangan mereka, seperti tidak mahu mengunakan meter, tidak mahu mengambil penumpang pada waktu puncak dan sebagainya, itu belum lagi mereka yang terlibat dengan pelbagai jenayah dan menyewakan kenderaan mereka kepada pemandu asing.
Masaalah aduan penguna kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bukan sedikit malahan hampir setiap hari beratus aduan yang mereka terima, bila penguatkuasaan dijalankan terhadap pemandu teksi terbabit maka SPAD akan dituduh cuba menutup periok nasi mereka.
Bagaimana agaknya jika pihak polis di marah oleh penjenayah yang mengatakan pihak polis mahu menutup pintu reseki mereka sedangkan mereka melakukan sesuatu yang membelakangi undang-undang.
Kemudian pemandu teksi melahirkan rasa marah mereka kepada kerajaan yang kononnya membiarkan pemandu kereta Uber dan Grab Car berleluasa tanpa ada sebarang sekatan dan halangan, dituduhnya pula SPAD bersekongkol dengan pengiat kereta Uber.
Benarlah seperti yang di katakan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa pengusaha dan pemandu teksi tidak mahu menerima perubahan teknologi dan mengubah kaedah pemasaran mereka kepada pelanggan untuk kekal relewan dengan industri yang mereka ceburi.
Pengusaha dan pemandu teksi seharusnya telah bersedia dan mengambil maklum dengan kepantasan teknologi dan bukan hanya menyalahkan pihak lain seperti SPAD atau pengusaha kereta Uber yang ini dilihat dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penguna kenderaan awam dengan mengunakan teknologi aplikasi atas talian seperti yang dilakukan oleh Uber.
Apa yang pemandu teksi lakukan hanya merungut dengan perkembangan teknologi tanpa mengambil sesuatu yang baik yang datang dari kepesatan teknologi itu sendiri, sedangkan perkhidmatan aplikasi atas talian ini telah pun dikenali diseluruh dunia, dan sudah pasti setiap pelancung yang datang ke negara ini pasti mengunakan perkhidmatan kereta Uber melalui aplikasi atas talian yang dikatakan mudah dan murah ini.
Malah sejak kebelakangan ini sudah kurang kita mendengar aduan dari pelancung yang tiba di negara ini yang mendakwa ditipu oleh pemandu teksi, walaupun masih ada terdapat kes-kes terpencil berbanding pada suatu ketika dahulu kita sering mendengar pelancong merungut ditipu bila datang ke Malaysia berhubung pengunaan teksi.
Pemandu teksi harus menerima perubahan dan bukan membelakangi kelajuan teknologi, juga tidak lagi perlu berlagak samseng dengan penguna, tidak melakukan perbuatan lintah darat kepada pengguna yang akhirnya mereka sendiri yang mendapat susahnya bila penguna mula beralih kepada perkhidmatan Uber dan Grab Car.
Kerajaan melalui SPAD telah melakukan pelbagai program bagi membantu pengusaha dan pemandu teksi agar mereka boleh terus bersaing didalam penyediaan perkhidmatan, cuma terpulanglah pada mereka sendiri sama ada mahu mengubah atau mereka sendiri yang memilih untuk rebah besama ke egoan mereka terhadap penguna kenderaan awam.
Pemandu teksi harus menerima perubahan seperti yang dinyatakan oleh Nazri Aziz bahawa negara telah menyediakan platform perkhidmatan operasi yang diperlukan rakyat dan pelancong seperti yang berlaku di negara jiran, Thailand dan Indonesia. “Kalau pelancong ke Bangkok dan Jakarta, mereka akan gunakan perkhidmatan Uber atau Grab untuk bergerak dari satu-satu tempat”
Bukannya menyalahkan kerajaan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kerana semua kemudahan dan bantuan telah disediakan tanpa menyekat mana-mana punca rezeki bagi setiap pengusaha dan pemandu sama ada teksi, Uber dan Grab Car.
- Via http://postmetro.net/spad-pemandu-teksi-harus-menerima-perubahan/ - On January 08, 2017 at 08:07PMLAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -
- Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
- Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
- Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas,
0 Response to "SPAD – Pemandu Teksi Harus Menerima Perubahan XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"
Post a Comment