Tumpat – Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak akan memberi kesan kepada kepemimpinan UMNO Kelantan untuk berdepan pilihan raya.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata walaupun parti berkenaan mendakwa mempunyai barisan kepemimpinan yang kuat di setiap negeri, ia tidak akan melemahkan semangat UMNO untuk terus bekerja membela nasib rakyat.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata walaupun PPBM mempunyai beberapa bekas pemimpin UMNO dan berusaha memenangi hati rakyat, ia tidak bermakna parti itu kuat.
“Bagi UMNO Kelantan, kita yakin ahli (UMNO di Kelantan) tetap bersama parti dan setia dengan usaha perjuangan dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Namun, saya mengingatkan ahli parti supaya sentiasa waspada dengan ancaman politik pembangkang yang sering mengganggu gerak kerja UMNO.
“Ini kerana, parti pembangkang akan berusaha menarik ahli dari mana-mana parti (termasuk UMNO) dan menawarkan jawatan dengan bayaran lumayan supaya menyokong dan berada dalam kepemimpinan parti mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) PRU14 Parlimen Tumpat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berangan, di sini, hari ini.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan RM52,000 kepada 52 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Parlimen Tumpat.
Turut hadir, Pengerusi BN Parlimen Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, walaupun UMNO dan BN Kelantan sentiasa berdepan cabaran dan halangan untuk merampas kembali negeri ini, ia tetap menjadi agenda utama.
Katanya, BN dan UMNO Kelantan juga mempunyai hubungan kukuh dengan pengundi masyarakat Siam, selain Cina dan India walaupun mereka golongan minoriti di negeri ini.
“Seperti di (DUN) Pengkalan Kubor, BN mempunyai ramai pengundi masyarakat Siam beragama Buddha yang sentiasa menyokong UMNO dan BN.
“Jadi itu membuktikan kerjasama dan perpaduan kukuh dalam kalangan pemimpin bukan Melayu dengan UMNO serta BN dan ini menjadi ramuan bagi memastikan kemenangan di Kelantan dicapai pada pilihan raya akan datang,” katanya.
- Via http://postmetro.net/ppbm-bukan-saingan-umno-di-kelantan/ - On December 24, 2016 at 04:22AMLAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -
- Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
- Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
- Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas,
0 Response to "PPBM Bukan Saingan UMNO Di Kelantan XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"
Post a Comment