Laman

Anda Tertarik Untuk Berkomentar Atau Mempunyai Keluhan Serupa - Kirim Tulisan Anda Lewat Email - jaringansampahxl.perluditelusuri@blogger.com dan pastikan anda mengirimkan tulisan FIX, karena tulisan anda akan dipublish secara otomatis.. - Gunakan Fitur Ini Dengan Bijak - Dan Semoga Keluhan Kita Semua Didengarkan - Oleh Bos Bos XL - Yang Mungkin Tidak Menggunakan Kartu XL Dalam Berkoneksi

Dua Pengikut Tuhan Harun Dihukum Mati XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS

Kuantan – Mahkamah Tinggi di sini hari ini, menjatuhkan hukuman mati ke atas dua pengikut Tuhan Harun, atau Harun Mat Saat, selepas didapati bersalah membunuh ketua penolong pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu terhadap Sumustapha Suradi, 41, dan Shamsinar Abdul Halim, 39, selepas berpuas hati dengan keterangan anak dan isteri mangsa yang mengecam mereka sebagai individu yang menembak mangsa.

Sumustapha dan Shamsinar didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Ahmad Raffli, 49, di rumah nombor 7, Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota di sini, pada pukul 1.50 petang, 10 November 2013.

Kedua-dua tertuduh yang memakai baju t-shirt dan berseluar putih kelihatan bersahaja dan tidak menunjukkan sebarang reaksi semasa mendengar hukuman, Datuk Ab Karim mengambil masa 30 minit membacakan penghakimannya.

Pada prosiding itu, Ab Karim juga melepaskan isteri ketiga Harun, Azida Mohd Zol, 33, pemandu mereka Shaizral Eddie Nizam Shaari, 40, dan pengikut ajaran itu Jefferi Safar, 39, daripada tuduhan berkonspirasi melakukan pembunuhan itu pada masa, tarikh dan di tempat yang sama.

Harun yang mendakwa dirinya sebagai Tuhan Harun sebelum ini turut didakwa berkonspirasi.

Bagaimanapun tuduhan itu digugurkan pada 26 Ogos lalu, selepas dia meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, pada 16 Ogos lalu akibat masalah pernafasan.

Pada penghakimannya, Ab Karim berkata timbul keraguan sama ada wujud persepakatan membunuh Ahmad Raffli antara semua tertuduh kerana semua komunikasi adalah di antara Azida dan saksi pendakwaan ke-14, Syed Azlan Syed Abu Bakar atau ‘Arab’ menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan perbualan telefon.

“Kegagalan untuk memeriksa kewujudan elemen SMS telah menimbulkan keraguan dalam persepakatan seperti yang didakwa Arab bahawa beliau telah menerima arahan daripada Harun yang tuhan telah mengarahkannya melenyapkan seorang pegawai JAIP kerana tidak menjalankan tugasnya dengan adil,” katanya.

Ab Karim menambah keterangan Arab juga banyak bergantung kepada kefahamannya berhubung arahan Harun di sebuah hotel di Kuala Lumpur, sedangkan keterangan Azida mendakwa suaminya mengalami masalah pertuturan selepas diserang angin ahmar.

Beliau menambah Azida juga dalam keterangannya mengakui sukar untuk memahami pertuturan Harun sehingga ada masanya terpaksa mengulang kembali atau berkomunikasi secara menulis di atas kertas bagi mendapatkan pengesahan.

Mengulas lanjut, Ab Karim menambah meskipun berada di dalam bilik hotel yang sama semasa Arab menerima arahan daripada Harun, keterangan Azida ialah beliau tidak mendengar Harun ada memberi arahan yang jelas untuk melakukan pembunuhan itu.

“Keterangan juga menunjukkan Arab telah beritahu tertuduh ke-empat (Shaizral Eddie Nizam) bahawa mereka perlu membuat siasatan pegawai JAIP dan selepas tertuduh ke-empat melayari internet didapati ada empat nama pegawai JAIP.

“Mangsa adalah salah satu yang dikenalpasti dan nama si mati dipilih sebagai sasaran hukuman bunuh kerana didakwa telah banyak membuat fitnah kepada mereka sebagai sesat tanpa usul periksa,” katannya.

Ab Karim menambah cadangan asal untuk melaksanakan rancangan itu adalah melanggar mati Ahmad Raffli, bagaimana selepas tinjauan di Kuantan, cara itu tidak sesuai menyebabkan Arab berkata penggunaan senjata api dibenarkan bagi memastikan arahan tuhan dilaksanakan segera.

“Dalam kes ini, apa yang difahamkan mahkamah ialah apa yang dilafazkan Harun bergantung kepada pemahaman Arab. Daripada keterangan, mahkamah dapati Arab bukan sahaja rakan sejenayah, tapi orang yang merancang segala-galanya sehingga berlaku pembunuhan si mati,” katanya.

Untuk rekod, Arab yang merupakan penyanyi dan komposer yang terkenal dengan lagu Bila Bulan Berwarna Biru telah meninggal dunia pada 12 Nov lalu di sebuah hospital swasta di Seremban, Negeri Sembilan akibat serangan jantung.

Sebaik sahaja Ab Karim selesai membacakan penghakimannya, keluarga tertuduh dilihat menangis kegembiraan dan berpelukan sesama mereka manakala Azida, Shaizral Eddie Nizam dan Jefferi yang duduk di kandang tertuduh tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Sepanjang perbicaraan mahkamah mendengar keterangan 54 saksi pendakwaan manakala pihak pembelaan yang diwakili peguam Hermes Putra Media Ibrahim, Amer Hamzah Arshad dan Mohammad Naim Mahmud mengemukakan 10 saksi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khamizah Salleh dan Nurul Farahah Mohd Suah.

- Via http://postmetro.net/dua-pengikut-tuhan-harun-dihukum-mati/ - On December 27, 2016 at 05:41AM

LAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -

  • Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
  • Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
  • Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas, 
Bersadarkan pantauan XL memang merubah tarifnya lebih dulu ketimbang jaringannya yang dijanjikan berubah 2 bulan sebelumnya - xl malah merubah tarif 9 Desember tapi jaringan malah semakin letoy, apa bagusnya pindah ke PRIORITAS ?? prioritas cuman membebankan kami, tidak ada gunanya, itu artinya nasibku bergantung padamu, kalau pakai prabayar, ngak suka patahkan SCnya - toh sc cuman 6000 rupiah, ngak ada nilainya, bisa dibuat melanggar undang undang lagi.

jaringan xl sampah, jaringan xl lambat

Nah mana tanggung jawab dari CEO atau dari pihak XL yang tidak memberikan konfirmasi seolah olah tidak ada masalah sama sekali, karena nyata nyata masalah besar sejak 1 Desember 2016 ada dan tidak selesai sampai tulisan ini diposting, silahkan layangkan melalui media cetak permohonan maaf - JARINGAN XL SAMPAH - JARINGAN XL LEMOT - JARINGAN XL MAHAL - PAKET INTERNET XL SAMPAH - XL AXIATA SAMPAH - DIAN SISWARINI MUNDUR - TIDAK TAHU MALU - XL MALING PULSA  - XL MALING

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dua Pengikut Tuhan Harun Dihukum Mati XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"

Post a Comment

KAMI AKAN SELALU MENINGKATKAN KUALITAS KEDEPANNYA, PADAHAL MASALAHNYA SEKARANG !!! - YA KABUR TOH PELANGGANNYA.. CUSTOMER SERVICEMU TAK MAMPU !! LAYANAN BURUK



AKAR MASALAH !!

AKAR MASALAH !!