
Menurut kenyataan SPAD, pegawai penguat kuasanya turut mengambil keterangan pengarah syarikat pengendali bas berkenaan hari ini.
“SPAD juga bertemu pengadu petang tadi bagi merakamkan keterangan rasmi.
Rakaman video dan gambar yang diterima akan digunakan sebagai bahan bukti dalam siasatan,” katanya.
Kenyataan itu juga menambah pemandu itu boleh dihukum denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya sekali jika didapati membahayakan penumpang dan pengguna jalan raya mengikut Seksyen 202 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD).
“Bagi kesalahan merokok dalam kenderaan awam darat pula, pemandu boleh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 203 APAD dan hukuman yang boleh dikenakan ialah denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali,” tambah kenyataan itu.
SPAD juga berkata, pengendali bas pula boleh dihukum mengikut Seksyen 22 dan 23 APAD atas kesalahan mengingkari syarat lesen mengenai keselamatan yang membawa hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM500,000, atau penjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya.
Klip rakaman video itu dirakamkan seorang penumpang bas berkenaan menunjukkan pemandu terbabit menggunakan telefon bimbit dan merokok ketika bertugas. Ia kemudian dimuat naik ke laman sosial.
Bas itu dikatakan dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur menuju ke Muar.
- Via http://postmetro.net/spad-ambil-keterangan-pemandu-bas-ekspres-guna-telefon-dan-merokok/ - On December 27, 2016 at 07:02AMLAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -
- Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
- Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
- Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas,

0 Response to "SPAD Ambil Keterangan Pemandu Bas Ekspres Guna Telefon Dan Merokok XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"
Post a Comment