
Beliau berkata kejayaan itu hasil daripada proses pengauditan yang dilaksanakan Jabatan Audit Negara kira-kira empat tahun lalu terhadap sampel di jabatan dan agensi kerajaan yang sebelum ini mengalami kelemahan dalam pengurusan kewangan kerajaan.
“Kita audit berdasarkan sampel, kalau kita nak audit 10,000 sekolah mana boleh, jadi kita buat sampel terhad, berdasarkan sampel ini pun kita sudah dapat kenal pasti.
“Kita buat audit tiap-tiap tahun, apabila kita buat kajian, kita lihat semula. Kesan daripada pengauditan ini dari segi positifnya ialah jabatan dan agensi kerajaan dapat memungut balik wang-wang ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah dalam Program Bual Bicara Integriti anjuran Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Pejabat Ketua Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ambrin turut meminta semua penjawat awam di negara ini agar sedar akan tanggungjawab mereka untuk melakukan kerja dengan baik dan teratur supaya tidak berlaku ketirisan dalam pengurusan kewangan kerajaan.
Terdahulu, ketika menyampaikan ceramah tersebut, beliau berkata wang berkenaan berjaya diperoleh semula selepas jabatan dan agensi kerajaan terbabit membuat penambahbaikan terhadap kelemahan antaranya proses pembayaran bagi melaksanakan projek, perbekalan dan perkhidmatan.
- Via http://postmetro.net/kerajaan-berjaya-kutip-semula-kira-kira-rm2-bilion-hasil-kejayaan-pengauditan/ - On December 22, 2016 at 12:50AMLAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -
- Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
- Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
- Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas,

0 Response to "Kerajaan Berjaya Kutip Semula Kira-kira RM2 Bilion Hasil Kejayaan Pengauditan XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"
Post a Comment