Kuala Lumpur – Kementerian Pengangkutan sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap isu kontrak bernilai RM507.77 juta yang telah diberikan kepada Malaysian Maritime and Dredging Corporation Sdn. Bhd. (MMDC) bagi projek penggalian sungai di seluruh negara.
Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya memandang serius terhadap pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (Siri 2) pada 2015 dan telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementeriannya, Datuk Seri Saripuddin Kasim untuk menyiasat isu tersebut.
Malah, kata beliau, kementeriannya juga sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi merungkai ketirisan yang dikaitkan dengan isu kontrak itu dalam memastikan imej kerajaan bebas daripada sebarang elemen penyelewengan.
“Kami mengalu-alukan SPRM menjalankan siasatan kerana ia merupakan perkara yang serius dan mahu ketelusan dalam perkara ini.
“Kementerian kami sedang menjalankan siasatan dalaman dan berharap dapat menemui jawapannya secepat mungkin,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Laporan Ketua Audit Negara (Siri 2) pada 2015 yang dibentangkan pada Isnin lalu di Dewan Rakyat memaklumkan Jabatan Laut dikesan mempunyai beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek pengorekan untuk pelayaran kapal di perairan negara di bawah kementerian tersebut.
Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah pelantikan MMDC untuk kerja pengorekan dibuat tanpa asas kukuh kerana pada masa pelantikan, MMDC baru ditubuhkan dan tiada kelulusan daripada Kabinet.
Menurut laporan itu, Kementerian Pengangkutan menerima 15 tawaran kontrak untuk menjalankan kerja pengorekan di pelabuhan seluruh negara.
Bagaimanapun, semua tender dibatalkan dan kontrak itu diberikan kepada MMDC, yang ditubuhkan pada Jun 2002.
Keputusan berkenaan dibuat oleh Kementerian Kewangan yang ketika itu diterajui Tun Dr. Mahathir Mohamad dan perjanjian kontrak antara kerajaan dan MMDC itu ditandatangani pada Oktober 2005.
Tempoh kontrak itu adalah untuk 15 tahun, bermula dari 19 Oktober 2005 hingga 18 Oktober 2020, namun Jabatan Audit Negara tidak menemui dokumen berkaitan perolehan kontrak terbabit.
- Via http://postmetro.net/kontrak-rm507-77j-kepada-mmdc-disiasat/ - On December 22, 2016 at 06:16PMLAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -
- Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
- Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
- Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas,
0 Response to "Kontrak RM507.77j Kepada MMDC Disiasat XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"
Post a Comment