Kuala Lumpur – Berbeza tumpuan DAP sebelum ini yang menyasarkan kempen sokongan kalangan masyarakat Cina, penasihat parti itu, Lim Kit Siang kini menumpukan undi orang Melayu pula untuk mencapai cita-cita menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Menarik perhatian itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tindakan Kit Siang yang sering mengutuk kerjasama MCA dan Gerakan dengan UMNO yang menjadi tonggak Barisan Nasional sebelum ini kerana menyedari kepentingan undi Melayu untuk membantunya meraih jawatan nombor dua itu nanti.
“Tindakannya yang secara tiba-tiba mencabar UMNO supaya membuktikan dia rasis dilihat kerana dia bimbang sokongan orang Melayu merosot (terhadap pakatan pembangkang) selepas Pas ditendang keluar daripada pakatan pembangkang.
“Supremo DAP ini juga bimbang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mampu membawa sokongan orang Melayu kepada pembangkang seperti yang diberikan oleh Pas sebelum ini.
“Tanpa sokongan pengundi dan masyarakat Melayu juga, ini akan merencatkan matlamatnya untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri seandainya pakatan harapan yang diketuai DAP menang,” kata beliau baru-baru ini.
Mohd. Puad berkata, meskipun Kit Siang dan DAP menafikan parti itu rasis, anti-Islam dan anti-Melayu, perlembagaan parti itu tidak pula menyatakan akan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
“Baru-baru ini, Kit Siang mencabar UMNO dan ejen-ejen parti itu membuktikan daripada ucapan dan kenyataannya selama 51 tahun dalam politik yang menunjukkan beliau seorang rasis, anti-Melayu, anti-Islam dan anti-raja Melayu.
“Tuduhan itu bukan baharu tetapi kenapa sekarang rasa semacam tidak selesa?,” katanya.
Kata Mohd. Puad: “Tetapi dia lupa bahawa kita tidak menilai buku berdasarkan kulitnya. Kita tidak melihat dari segi ucapan dan kenyataan dia tetapi dari segi perbuatan, tindak-tanduk dan sikap dia. Itu yang kita gunakan untuk mengatakan bahawa dia memang rasis dan anti kepada Islam.”
- Via http://postmetro.net/lim-kit-siang-sasar-jawatan-tpm/ - On January 10, 2017 at 02:29AMLAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -
- Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
- Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
- Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas,
0 Response to "Lim Kit Siang Sasar Jawatan TPM XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"
Post a Comment