Kuala Lumpur – Berikutan siasatan terhadap aduan pelancong yang telah dikenakan tambang RM800 oleh seorang pemandu teksi bagi satu perjalanan daripada KLCC ke Masjid Negara.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membatalkan Lesen Pengendali dan Permit Kenderaan pemilik teksi yang terbabit, dan akan memulakan tindakan perundangan terhadap pengendali terlibat.
Sekiranya didapati bersalah, pengendali boleh dikenakan hukuman denda dan/atau penjara dan kenderaan terlibat boleh dilucutkan hak.
Individu berkenaan juga turut disenarai hitamkan bagi menghalang individu tersebut daripada mendapatkan Lesen Pengendali pada masa hadapan.
Pembatalan Lesen Pengendali dan Permit Kenderaan dilakukan kerana pengendali telah didapati mengingkari keperluan di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD), yang memperuntukkan hanya seorang pemandu sah yang berdaftar dengan SPAD sahaja dibenarkan memberikan perkhidmatan teksi dan juga mewajibkan penggunaan meter bagi menentukan tambang teksi bajet serta menyatakan keperluan pengeluaran resit bagi perjalanan.
Tambahan pula, kedua-dua pemandu yang berdaftar di bawah Lesen Pengendali tersebut tidak memperbaharui Kad Pemandu mereka yang telah luput, ini menunjukkan mereka tidak lagi berminat untuk menjadi pemandu teksi.
Ketika siasatan dijalankan oleh SPAD, pemegang Lesen Pengendali menyatakan bahawa kenderaan terbabit tidak berada di dalam milikannya dan sedang dipandu oleh individu berlainan.
Walaupun begitu, kenderaan tersebut telah ditemui menggunakan nombor pendaftaran palsu dan telah disita oleh SPAD di bawah Seksyen 81 APAD.
SPAD sebelum itu telah membuat laporan polis untuk mengesan pemandu teksi yang terbabit dengan kejadian penipuan penumpang ini.
SPAD ingin memberikan peringatan yang tegas kepada pemegang Lesen Pengendali supaya sentiasa mematuhi keperluan pelesenan dan tidak melanggar undang-undang.
Demi meningkatkan mutu perkhidmatan teksi negara, Suruhanjaya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang mengingkari peraturan dan mengambil kesempatan ke atas penumpang.
- Via http://postmetro.net/spad-batal-lesen-pengendali-teksi-yang-terbabit-dengan-penipuan-pelancung-asing/ - On January 11, 2017 at 04:20AMLAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -
- Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
- Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
- Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas,
0 Response to "SPAD – Batal Lesen Pengendali Teksi Yang Terbabit Dengan Penipuan Pelancung Asing XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"
Post a Comment