Ipoh – Tindakan sekumpulan remaja yang memanjat arca gergasi perkataan `IPOH’ disifatkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebagai satu pencerobohan terhadap papan tanda.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man, berkata susulan itu MBI membuat laporan polis pada jam 12.45 tengah malam tadi kerana perbuatan itu boleh memberi implikasi buruk selain berbahaya kepada diri mereka sendiri dan orang awam.
Remaja berkenaan dipercayai melakukan perbuatan itu pada Rabu lalu dan pihak MBI hanya mengetahuinya sebaik ia menjadi viral di laman sosial. “Kenyataan kumpulan itu yang menyatakan mendapat kelulusan MBI adalah satu penipuan.
“Saya melihat gambar itu (viral), ada yang menggantung kain buai pada binaan itu, ini membahayakan nyawa mereka sendiri selepas melakukan pencerobohan,” katanya selepas sambutan Malam Ambang Tahun Baharu 2017 malam tadi.
Beliau berkata, tindakan mereka memanjat arca setinggi lebih 20 meter itu juga dianggap sebagai vandalisme kerana kerangka itu akan rosak atau terbalik dan mengakibatkan berlaku kemalangan serius.
Zamri berkata, ia adalah kes pertama dikesan dan pihaknya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk memanjat kecuali kontraktor penyelenggaraan selepas mematuhi syarat keselamatan dan mendapat kelulusan MBI.
“Kami akan memastikan mereka yang bertugas lengkap memakai tali keselamatan dan juga penggunaan jentera tertentu selain bilangan orang bertugas dihadkan.
“Sebaliknya, remaja terbabit dilihat seolah-olah menggadaikan nyawa untuk memanjat papan tanda Ipoh yang tinggi itu dan berjalan di atasnya tanpa ada sebarang tali keselamatan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata polis sedang mengenal pasti individu yang memanjat binaan gergasi perkataan ‘IPOH’ yang menjadi viral dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.
Sehubungan itu, beliau meminta semua individu terbabit agar datang sendiri ke balai polis secara sukarela bagi membantu siasatan. Chang Keong berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan seumpama itu membahayakan nyawa dan keselamatan diri sendiri serta orang lain.
“Jika disabitkan kesalahan, individu berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya,” katanya.
- Via http://postmetro.net/mbi-lapor-polis-kes-remaja-panjat-ipoh/ - On December 31, 2016 at 08:44PMLAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -
- Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
- Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
- Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas,
0 Response to "MBI Lapor Polis Kes Remaja Panjat ‘IPOH’ XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"
Post a Comment