Siapakah yang akan mengisi kekosongan kerusi Ketua Menteri Sarawak? persoalan yang kini bermain di setiap minda pemimpin dan rakyat Sarawak berikutkan kembalinya ke rahmatullah Ketua Menteri yang dikasihi dan disanjungi Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, yang telah menghembuskan nafas terakhirnya siang tadi.
Disebalik kesedihan rakyat Sarawak, kehidupan dan keperluan bagi yang masih hidup harus diteruskan, sepertimana kata perpatah yang hilang berganti yang patah akan tumbuh kembali.
Begitulah harapan rakyat Sarawak terhadap kepimpinan negeri Sarawak yang suka atau tidak pasti menamakan seorang bagi menggantikan Allahyarham Adnan Satem bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan walaupun persamaannya sukar ditandingi atau dibayangi.
Sahingga saat ini tumpuan adalah tertumpu kepada Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang juga Timbalan Ketua Menteri buat masa kini, walaupun sebelum ini ada khabar angin mengatakan bahawa Abang Johari atau pangilan mesranya ‘Abang Jo’ adalah nama yang disebut-sebut bakal diangkat sebagai Ketua Menteri.
Kebetulan ketika pemilihan parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), team Abang Jo telah menang besar pada pemilahn tersebut, ini menambah keyakinan bahawa Abang Jo adalah orang yang layak mengantikan Allahyarham Satem yang juga Yang Di Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Selain itu pengalaman yang dimiliki oleh Abang Jo yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, ketika bersama di dalam pentadbiran kerajaan negeri Sarawak memudahkan lagi beliau untuk meneruskan apa sahaja perancangan yang telah disusun oleh Allahyarham Adnan.
Maklumat yang di dari bumi Kenyalang turut memaklumkan bahawa Abang Jo benar-benar layak untuk menerajui Sarawak, kerana sebelum ini pun nama Abang Jo pernah di sebut sebagai pengganti Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bagi jawatan no 1 negeri Sarawak.
Semoga Datuk Amar Abang Johari Tun Openg @ Abang Jo akan berjaya menempatkan namanya dan terpilih sebagai pemimpin pengganti serta dapat meneruskan segala plan rancangan pembangunan yang telah di susun oleh Allahyarhan Adnan Satem.
- Via http://postmetro.net/ketua-menteri-abang-jo-bakal-pengganti/ - On January 11, 2017 at 01:00AMLAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -
- Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
- Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
- Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas,
0 Response to "Ketua Menteri – ‘Abang Jo’ Bakal Pengganti XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"
Post a Comment