Apabila diletakkan setaraf penyapu itu membawa erti bahawa individu, kumpulan atau siapa sahaja bertaraf kelas paling rendah yang kotor, kerana fahaman kita kerja menyapu ini semuanya ada pada bak najis, sampah sarap dan apa sahaja yang berkaitan dengan kekotoran.
Begitulah penarafan terhadap penilaian, jika digelarkan sebagai penyapu atau dihadiahkan dengan penyapu itu memberi tanda taraf individu atau kumpulan tersebut.
Perkara pernah menjadi tauladan suatu ketika dahulu bila mana seorang bekas Menteri Besar telah menghadiahkan sebatang penyapu kepada pihak pengurusan yang lembab didalam melaksanakan misi kerajaan negeri ketika itu dan kini sebuah parti politik didalam pembangkang pula diangap sebagai penyapu dikalangan mereka kerana sering membela perkara yang ‘lagha’.
Apakah yang di maksudkan dengan perkara lagha?, dalam Kamus Asasi Arab, lagha bermaksud melafaskan kata-kata dan melakukan perbuatan yang tidak mendatangkan faedah, begitulah tanggapan yang diberikan oleh parti PAS kepada parti PAN yang mempertahankan parti DAP yang menjadi ketua dikalangan parti pembangkang.
Ia berikutan terdapatnya pemimpin dikalangan parti PAN yang membela DAP di ketika pemimpin parti PAS bangkit untuk memperkasakan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU355), keadaan semakin berserabut bila terdapatnya anggota parti PAS yang menyertai kepimpinan parti UMNO yang membuat penjelasan berhubung dengan RUU335 tersebut di London baru-baru ini.
Parti PAN yang bertelunjukkan dari parti DAP mempersenda kerjasama PAS dan UMNO didalam membuat penerangan berhubung isu RUU335 kononnya ia akan memulihkan imej UMNO yang mana mereka telah bertungkus lumus untuk menjatuh imej UMNO dimata masyarakat hakta di mata dunia sekalipun, tetapi dengan kehadiran PAS didalam majlis UMNO dikhuatiri akan memlihkan semula imej UMNO yang telah mereka cemarkan selama ini.
Pemimpin parti PAN menyifatkan kehadiran pemimpin PAS akan mengembali dan memulihkan imej serta tanggapan negetif yang mereka telah lakukan selama ini terhadap UMNO dan menyifatkan langkah PAS itu sebagai pendekatan yang `tidak sesuai’ kerana kehadiran beberapa pemimpin PAS didalam program anjuran UMNO.
Sebenarnya apa yang berlaku pada ketika ini bukanlah sesuatu yang pelik atau melanggar peraturan, sebelum ini pun pernah berlaku pertemuan diantara beberapa pemimpin parti lawan didalam pelbagai majlis ilmu atau pun persaudaraan, seperti mana ketika pertemuan pemimpin parti Keadilan, PAS dan UMNO di Indonesia didalam forum sejagat membela Palastin.
Ketika itu pemimpin PAN belum ujud lagi dan perkara berlaku dalam keadaan aman bersaudara kerana mereka terdiri dari pemimpin beragama Islam yang ingin membantu saudara Islam mereka yang ditimpa musibah penindasan dan peperangan, tidak timbul pun soalan politik atau memberi markah kepada kepimpinan UMNO ketika itu dan pemimpin pembangkang yang hadir tidak pula di kira membantu menaikkan imej kerajaan yang di tunjangni UMNO.
Sebenarnya kehadiran pemimpin PAS di dalam program penjelasan RUU 355 anjuran kelab UMNO di London baru-baru ini adalah antara siri penerangan bagi menjelaskan berhubung dengan akta RUU335 dan ini membuktikan bahawa parti PAS konsisten memperjuangkan Islam tidak seperti parti PAN yang hanya menurut perintah parti DAP yang tidak faham dengan peraturan Islam.
Malah mereka menyifatkan kesediaan UMNO untuk membantu PAS dalam usaha mejelaskan pembentangan akta RUU 355 menunjukkan UMNO semakin menerima kepentingan bersama memperkasakan Islam dan menyifatkan itulah kejayaan dakwah mereka, tidak seperti PAN yang hanya menjadi pencacai kepada DAP di dalam pakatan harapan yang tidak pernah sepakat.
- Via http://postmetro.net/pan-hanya-pencacai-dalam-pakatan/ - On January 01, 2017 at 05:48PMLAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -
- Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
- Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
- Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas,
0 Response to "PAN Hanya Pencacai Dalam Pakatan XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"
Post a Comment