Melaka – Seramai 30 individu termasuk dua wanita berstatus isteri ditahan dalam operasi bersepadu cegah maksiat oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di 11 hotel dan rumah urut di sini, awal pagi tadi.
Operasi yang dijalankan bermula jam 11.30 malam dan berakhir pada jam 4.30 pagi itu membabitkan 30 anggota merangkumi polis, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Rahimin Bani, berkata tangkapan membabitkan 10 pasangan termasuk sembilan lelaki berusia antara 22 hingga 56 tahun yang mendapatkan perkhidmatan di rumah urut.
Pihaknya turut menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dibawa oleh ibunya ke sebuah hotel dan mendakwa bermalam di situ bersama seorang saudara.
“Ada wanita sudah berkahwin mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain manakala sesetengahnya mendakwa sudah bernikah di luar negara tetapi tidak mendaftarkannya di sini.
“Kita turut menemui dua lelaki dan seorang wanita berada dalam bilik hotel sama ketika pemeriksaan dijalankan,” katanya ketika ditemui selepas operasi, awal pagi tadi.
Rahimin berkata, mereka yang ditahan dibawa ke pejabat Bahagian Penguatkuasaan JAIM manakala kes disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah 1991 kerana bersekedudukan.
Jika disabit kesalahan, denda RM3,000 boleh dikenakan bagi lelaki dan RM2,000 bagi wanita atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.
Sementara itu, Rahimin berkata, lima individu termasuk dua wanita turut ditahan selepas menemui serbuk putih dipercayai dadah jenis syabu dalam operasi sama.
“AADK turut merampas peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah dalam bilik terbabit,” katanya sambil menambah kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
- Via http://postmetro.net/ops-cegah-maksiat-2-wanita-bersuami-antara-ditahan/ - On January 01, 2017 at 06:04PMLAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -
- Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
- Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
- Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas,
0 Response to "Ops Cegah Maksiat, 2 Wanita Bersuami Antara Ditahan XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"
Post a Comment