Usaha bersungguh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan individu-individu berjawatan tinggi kerana terbabit dalam kes rasuah kebelakangan ini mendapat perhatian ramai, ia bukti usaha gigih Suruhanjaya berkenaan dalam menunaikan tanggungjawab menangani gejala rasuah.
Kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh SPRM itu hasil operasi dan penguatkuasaan memerangi rasuah yang dipertingkat dengan cara lebih agrasif sejak Ogos 2016.
Operasi yang dijalankan membuahkan hasil kejayaan luar biasa, positif dan membanggakan, rasuah tidak mengenal usia, sesiapa sahaja bleh terjebak dengan gejala itu sekiranya tidak mempunyai nilai integriti yang tinggi dalam diri.
Malah rasuah merupakan masalah global kerana ujud dimana-mana sahaja, di sebabkan rasuah datang dari pelbagai bentuk usaha untuk menanganinya juga memerlukan pendekatan yang pelbagai ia perlu di tangani sepenuhnya kerana rasuah menyebakan ketidak stabilan dan kemiskinan malah merupakan faktur penyebab sesebuah negara rapuh dan gagal diurus dengan baik.
Oleh itu usaha membasmi rasuah menuntut kerjasama semua pihak, ia itu kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, pihak media dan rakyat keseluruhannya.
Dalam kes Malaysia pelbagai langkah diambil bagi melahirkan masyarakat bebas rasuah dan menjadikan SPRM agensi pencegah rasuah bertaraf dunia, usaha itu melibatkan operasi dan pencegahan, dari segi operasi Suruhanjaya berkenaan menjalankan siasatan dan membawa kes ke mahkamah sekiranya bukti mencukupi selain menjalankan sistem dan prosedur kerajaan dan agensi-agensi awam.
Dari segi pencegahan pula penceramah kempen serta pendidikan, drama bersiri, dialog dan forum diadakan di samping menerbitkan bahan bacaan yang berkaitan.
Kita mengalu-alukan semua langgkah yang diambil oleh pihak SPRM, bagaimana pun kejayaan membasmi rasuah bukan hanya ditentukan oleh usaha dan langkah yang diambil oleh pihak SPRM, usaha pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang akan sia-sia jika segenap lapisan masyarakat tidak memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM.
Jadi seluruh rakyat Malaysia perlu terus memberikan kerja sama dan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada SPRM dalam perjuangan berterusan bagi memerangi rasuah dan salah guna kuasa.
Seperti yang pernah di tegaskan oleh Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah, Datuk Zulkifli Ahmad, rakyat perlu memberi kerjasama, sokongan dan dokongan kepada suruhanjaya itu dalam mengembeling tenaga kearah pembentrasan rasuah di Malaysia.
Tambahan pula gejala rasuah dan penyelewengan dalam kalangan penjawat awam contohnya merupakan pengkhianatan kepada rakyat dan negara jika tidak dibendung dan dibiarkan berleluasa.
Ia bukan sahaja boleh menghakis keyakinan rakyat tetapi mengakibatkan kebajikan dan kepentingan masyarakat terjejas, akhirnya kestabilan ekonomi, keselamatan dan pembangunan negara akan tergugat.
Kita sebaliknya akan mendapat menfaat jika semua pihak menolak rasuah.
- Via http://postmetro.net/kita-akan-mendapat-menfaat-jika-menolak-rasuah/ - On January 10, 2017 at 05:48PMLAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -
- Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
- Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
- Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas,
0 Response to "Kita Akan Mendapat Menfaat Jika Menolak Rasuah XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"
Post a Comment