Ipoh – Kumpulan remaja yang memanjat arca gergasi perkataan ‘IPOH’ mengakui kesilapan mereka dan memohon maaf atas perbuatan itu.
Jurucakap kumpulan itu, Norfarihan Baharudin, 24, berkata dirinya bersama rakan-rakan lain sememangnya berhasrat memohon maaf lebih awal sebaik mengetahui gambar dan video mereka menjadi viral, namun tidak berpeluang berbuat demikian selepas dikecam hebat oleh netizen.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Negeri Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya (kanan) mengadakan pertemuan bersama kumpulan remaja yang didakwa memanjat mercu tanda IPOH baru-baru ini di Bangunan Perak Darul Ridzuan. – Foto NSTP/Abdullah Yusof
“Harap semua faham, apabila dikecam masyarakat saya tidak berpeluang untuk memberi keterangan (penjelasan dan memohon maaf) dan setiap percakapan yang mahu diperkatakan juga takut untuk diberitahu (diucapkan).
“Saya mahu beritahu di sini saya dan rakan-rakan yang lain mahu meminta maaf kepada masyarakat, memang kami tahu perbuatan ini salah,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, petang ini.
Norfarihan berkata, dia dan rakan-rakannya berpengalaman dalam melakukan aktiviti lasak termasuk melakukan tugas lagak ngeri secara sambilan bagi penggambaran filem malah sering kali mendaki bukit dan gunung, kebanyakannya di luar negara seperti Thailand dan Vietnam.
“Kami ada latar belakang masing-masing, jadi ketika naik kami sebenarnya sudah memikirkan soal keselamatan cuma tidak menyangka perkara begini (viral dan dikecam) akan berlaku. Kami memilih mercu tanda IPOH itu kerana keunikannya,” katanya.
Katanya, mereka tidak menyebarkan gambar dan video itu sebaliknya ia dilakukan pihak yang menemubualnya dan kemudian dimuat naik dalam laman blog The Vocket sebelum menjadi viral.
Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata perkara dilakukan kumpulan itu serta seorang lagi lelaki yang memanjat kren yang menjadi viral boleh membahayakan diri mereka dan orang lain, namun pada masa sama tidak mahu melihat isu dengan terus memberi hukuman semata-mata.
“Saya tidak menyatakan sifat mereka tidak baik, mereka mempunyai bakat tetapi tidak disalurkan di tempat yang betul.
“Justeru, saya sudah meminta Datuk Shahrul Zaman untuk melihat minat dan kelainan mereka itu dengan mengadakan satu kerjasama seperti menerusi penubuhan kelab mendaki khusus,” katanya.
- Via http://postmetro.net/kumpulan-remaja-panjat-ipoh-mohon-maaf/ - On January 05, 2017 at 02:53AMLAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -
- Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
- Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
- Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas,
0 Response to "Kumpulan Remaja Panjat ‘IPOH’ Mohon Maaf XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"
Post a Comment