
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, berkata walaupun kewujudan UMNO adalah untuk berkhidmat dan menjaga kebajikan rakyat, namun pada pilihan raya umum (PRU) ia perlu diterjemahkan dalam semangat BN.
“Ini kerana yang akan bertanding pada PRU kelak adalah BN, maka kena ada satu keselarasan, kesepaduan dan pemahaman atas aspirasi penubuhan BN itu sendiri, kalau kita boleh faham ini, maka tidak timbul soal parti berasas kaum.
“UMNO tidak bertanding pada PRU, tetapi ia adalah antara komponen dalam BN, kalau kita lihat dari segi masyarakat berlatar belakang kaum, agama dan budaya yang berbeza, maka BN adalah parti yang lengkap.
“Perkara ini jugalah yang akhirnya membentuk pelbagai dasar dan pembangunan negara sebagaimana yang ada pada hari ini sejak negara kita merdeka.
Jadi atas sebab itulah kita perlu berusaha dan bekerjasama atas semangat BN kerana kita mewakili rakyat pelbagai kaum, agama, budaya dan bahasa yang berbeza,” katanya.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai peringatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai BN yang perlu bersiap sedia dan memenangi hati pengundi, semalam ketika ditemui selepas menghadiri Program Sembang Santai dan Ramah Mesra Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Muar di Kampung Parit Keroma di sini, malam tadi.
Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Zaiton Ismail dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Muar, Ramlah Ismail. Razali yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, selain itu perubahan landskap politik yang berubah juga turut menuntut UMNO dan BN supaya bertindak dengan lebih berfokus dan berstrategik pada masa akan datang.
- Via http://postmetro.net/komponen-bn-perlu-bersama-beri-khidmat-kepada-rakyat/ - On January 05, 2017 at 03:52PMLAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -
- Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
- Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
- Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas,

0 Response to "Komponen BN Perlu Bersama Beri Khidmat Kepada Rakyat XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"
Post a Comment