Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan menawarkan pelbagai bantuan kewangan untuk rakyat terutama golongan muda melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Katanya, bagi meningkatkan pendapatan serta taraf hidup, rakyat perlu mempunyai tahap pendidikan yang tinggi.
“Memang di Malaysia rakyatnya terpelajar, namun masih ramai lagi yang tidak melanjutkan pengajian di peringkat menara gading,” kata Datuk Seri Najib dalam rakaman ucapan di laman blog beliau.
Beliau berkata golongan yang tidak melanjutkan pengajian di menara gading adalah mereka yang paling terdedah kepada peningkatan kos sara hidup kerana tidak mampu mendapat kerja berpendapatan lebih tinggi.
“Kebanyakan mereka turut mengalami masalah sumber kewangan dan juga kurang kesedaran tentang kepentingan melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi,” katanya.
Perdana Menteri berkata secara amnya bagi institusi pendidikan tinggi, kerajaan menanggung 90 peratus kos pendidikan dan pelajar hanya perlu membayar 10 peratus sahaja.
“Bagi golongan berpendapatan rendah, kerajaan telah menyediakan banyak pembiayaan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi antaranya Bantuan Kewangan Asasi, Tabung Pinjaman Pelajaran, Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti dan Bantuan Kewangan OKU.
“Di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi juga, kerajaan menyediakan pembiayaan untuk semua golongan tidak kira tahap pendapatan seperti MyBrainSc, Sub-Kepakaran/Post-Doktoral dan banyak lagi,” katanya.
Beliau berkata bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman pula, kerajaan sebenarnya telah menjelajah ke seluruh negara bagi mencari mereka untuk dimasukkan ke universiti melalui program seperti “Mengubah Destini Anak Bangsa”.
- Via http://postmetro.net/kerajaan-tawar-pelbagai-bantuan-untuk-rakyat-lanjut-pelajaran/ - On January 06, 2017 at 01:13AMLAYANAN XL BURUK - Jaringan XL Lemot - Jaringan XL Lambat - Jaringan XL Sampah - begitulah ucapan masyarakat ketika jaringan XL mati mulai 1 Desember tapi tidak ada tanggapan, saya buatkan sebuah blog yang silahkan diturunkan sendiri, - ini merupakan tanggung jawab dari CEO Dian Siswarini yang tidak melakukan kontrol ke bawahannya -
- Komplain Rangers tidak ada jawaban di FB Page
- Rangers tidak ada balasan di Kaskus care - semua pada pindah kartu ( Jangan alasan penuh mail )
- Komplain lewat aplikasi juga ngak dibalas,
0 Response to "Kerajaan Tawar Pelbagai Bantuan Untuk Rakyat Lanjut Pelajaran XL PRIORITAS JELEK - RUGI MASUK XL PRIORITAS"
Post a Comment